Don't Miss

Bagaimana untuk Jimat Kos Perbelanjaan Syarikat

By on August 17, 2016

Bagaimana untuk Jimat Kos Perbelanjaan Syarikat? KEADAAN ekonomi yang kurang stabil ketika ini tentunya mendorong setiap orang untuk mengambil langkah berjimat-cermat dan berbelanja dengan cara yang lebih efisien.

Bukan setakat individu, malah syarikat-syarikat tempatan juga kini telah mengambil langkah proaktif dalam mengurangkan kos perbelanjaan di organisasi masing-masing.

Sebenarnya, terdapat pelbagai cara dan langkah yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian bagi membantu merealisasikan tujuan tersebut.

Cara seterusnya untuk menambahkan keuntungan, adalah dengan mengurangkan kos- jimatkan kos. Dalam perniagaan, tentunya terdapat kos mengendalikan perniagaan. Boleh tak kita kurangkan beberapa kos tersebut?

Cut cost to increase profit!

Matlamat pertama adalah untuk kurangkan kos pada 10% sahaja. Dengan mengurangkan kos 10%, boleh dikatakan keuntungan pula yang bertambah 10%.

Apa yang penting adalah untuk anda jejak semua wang keluar dalam perniagaan anda- senaraikan segalanya dan lakukan pantauan terperinci di mana anda boleh kurangkan kos-kos tertentu. Antaranya mungkin…

# Dapatkan supplier lain yang boleh memberi pada harga yang lebih rendah (pastikan kualiti tidak terganggu)
# Runding untuk mendapatkan lebih banyak stok pada harga diskaun
# Ubah daripada menyewa, kepada membeli aset
# Bayar sales team komisyen atas pencapaian (daripada bayar gaji tinggi untuk menggalakkan lebih jualan)
# Jimat pada overhead asas seperti elektrik, air, gas, etc…
# Guna semula apa yang boleh diguna semula (contoh, print atas kertas kedua-dua belah)
# Gunakan email daripada menghantar surat melalui pos
# Pelajari teknik-teknik mengurangkan kos petrol kereta
# Mencari ruang pejabat yang lebih murah
# Boleh tak pekerja anda kerja dari rumah? Jimatkan kos sewa ruang pejabat
# Pakailah LINUX free open source sebab WINDOWS seperti Microsoft Office dan pelbagai jenama antivirus yang memerlukan kos tinggi tiap-tiap tahun yang tidak berbaloi.
# Open Source mempunyai banyak untuk ditawarkan dalam dunia perniagaan. Selain daripada fakta bahawa mereka biasanya percuma, banyak program sumber terbuka adalah lebih selamat, boleh dipercayai dan disesuaikan daripada rakan-rakan hak milik mereka. Malah, banyak syarikat besar, termasuk nama-nama besar seperti Amazon, Google dan Yahoo, menjalankan pelayan mereka dengan Linux berbanding Windows.
# Free open source untuk Desktop and Server Distributions, Email and Instant Messaging, Productivity, Imaging and Design, Content Management, Web Tools, Network and Server Management, Finances, Security and Tracking, dan lain-lain.

Dan hanya LINUX saja, anda boleh jimat lebih untuk organisasi anda… Untuk megetahui lebih lanjut tentang Bagaimana untuk Jimat Kos Perbelanjaan Syarikat dengan memakai LINUX, sila hubungi saya melalui email.

Sekiranya anda lihat senarai di atas (atau senarai anda sendiri), dan hanya mengurangkan 1% untuk setaip kos yang disebutkan, itu pun sudah dapat mengurangkan kos sebanyak 10%, dan menambahkan keuntungan 10%!

Sikit-sikit… lama-lama jadi bukit ?

About jonboy60

Contact Me for computer repair services, mobile repair services, website repair services, website maintenance, creating website, domain name, hosting services, career opportunities, business offers, Linux solutions for business or home, web and email server solutions, Linux consulting, wordpress web consulting & development and expertise requests. Currently reside in Rawang, Selangor. Email to me on jonboy60{@}gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *